BERZAKAT MEMBAWA BERKAT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Islam adalah ad-Din yang bersifatkan universal. Ia bukan sahaja menumpukan hal-hal ajaran ketauhidan dan mengEsakan Allah S.W.T saja, bahkan ia juga sebagai satu landasan atau peraturan dalam mengatur perhubungan yang harmoni antara ibadah dan mu'amalah, antara dunia dan akhirat menjadi satu, antara rohani dan jasmani dan antara moral dan spiritual. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Qasas ayat 77 iaitu:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu ( keperluan dan bekalanmu ) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu ( dengan pemberian ni’matNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T tidak menghalang umat Islam mencari kekayaan dan kemewahan di dunia ini tetapi beringatlah jangan sekali-kali lupa mencari bekalan pahala untuk dibawa ke negara akhirat. Ini bermakna, sebagai umat islam kita perlu gunakan nikmat yang diberi oleh Allah yang berupa akal fikiran untuk memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan harta yang banyak dan lagi halal. Setelah memperolehi harta yang banyak, jangan lupa mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadah zakat sebagai tanda bersyukur atas nikmat Allah yang tidak ternilai dan mendapat pahala serta barakah dalam kehidupan, baik di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, marilah sama-sama kita tegakkan syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mari kita sama-sama melihat apa itu ZAKAT?
Definisi Zakat.
- Dari segi Bahasa Arab ialah bertambah, berkat, puji dan bersih.
- Dari segi Syara' ialah kadar yang tertentu daripada harta tertentu dan diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya dari golongan yang lapan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Penjelasan daripada takrif dari segi Syara' di atas.
1) "Kadar tertentu" ialah kadar yang diarah oleh Syara' mengeluarkannya seperti 1/10, 1/40 ataupun 2.5%, 1/5 dan sebagainya.
2) "Harta tertentu" ialah hasil tanaman, wang ringgit (simpanan), emas dan perak, perniagaan, pendapatan, binatang ternakan, dan sebaganya lagi.
3) "Yang berhak menerima" ialah golongan asnaf yang lapan.
Bilakah Zakat disyariatkan?
Sejarah pensyariatannya pada tahu ke-2 Hijrah sebelum sedikit daripada difardhukan puasa Ramadhan. ini berdasarkan pendapat yang sahih.
No comments:
Post a Comment